Mendeley : Pengenalan

Mendeley adalah salah satu alat penyelidikan akademik (academic research tools) atas talian yang boleh dimuat turun secara percuma menerusi laman web www.mendeley.com . Mendeley berfungsi membantu para penyelidik menyimpan sumber penyelidikan, rujukan, dan petikan secara teratur. Mendeley juga merupakan satu rangkaian sosial akademik yang menghubungkan para penyelidik dari seluruh dunia untuk membincangkan/ berkongsi mengenai penyelidikan mereka.

Sebagaimana Reference Manager yang lain, Mendeley boleh beroperasi sebagai perisian Desktop dan Web secara serentak. Perisian ini membenarkan menyimpan Petikan (Citation) dan rujukan mengikut gaya petikan yang dikehendaki dan dapat mengelak penaipan berulang dalam proses penulisan penyelidikan atau tugasan para penyelidik.

Mendeley membantu mengurus dan menghasilkan senarai rujukan bibliografi dan petikan dalam rujukan (in-text citation) mengikut format dan standard yang dikehendaki di dalam “Microsoft Word” secara automatik.

Info grafik berikut menunjukkan secara ringkas bagaimana menggunakan Mendeley. Pertanyaan lanjut mengenai Mendeley boleh diajukan kepada Pustakawan Penghubung Fakulti di Bahagian Perkhidmatan Penyelidikan dan Maklumat. Kami juga turut menyediakan kelas-kelas berjadual dan permohonan untuk Mendeley ini.

9. Mendeley ig

~AMN~

Advertisements

CUP Authorship Workshop

Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) in collaboration with Cambridge University Press will be organizing a workshop titled: How to Publish with Cambridge University Press . Details of the program are as follows:

Date   : 07th January 2019 
Time   : 2.30 pm - 4.00 pm
Venue: Termasa Room, Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia 
Fee     : Free
Participation: Open to all UPM Staff/Researchers/Students

For those interested, please register online at https://form.jotform.me/upmlib/CUP . Limited seat are available on a first-come-first-served basis.

It is appreciated if you could inform all your colleagues/ students about this program. Your cooperation is highly appreciated.

For any inquiries, you may reach us at Research & Information Services Division;   03-8946 8604/8651 or send your e-mail to khai_ridzuan@upm.edu.my.

Thank you.

Liaison Librarian

blog smk liaison1
What kind of help can you receive from Liaison Librarian?

In an effort to support and strengthen the learning, teaching and research activities of UPM, the university library has established an extensive program of liaison services to serve as a contact person for the academic community of faculty, staff and students. The service aims to:

  1. Assist users with information requests in person, by phone, or via e-mail.
  2. To maintain rapport between the library and faculties, schools, institutes and centres and serve as a contact person for the academic community of the faculty, staff and students.
  3. Educate users on how to access, identify and evaluate various resources as to satisfy in their information needs.
  4. Provide scheduled reference and research services.
  5. Conduct Information Literacy Programme for new students.
  6. Assist in strengthening the collection development in their specific fields.
  7. Ensure teaching and learning needs of the university community are met.

blog smk liaison2

~SMK~

SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARU 2018/2019

Selamat datang kepada semua pelajar baharu sesi 2018/2019. Tahniah kerana telah berjaya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Universiti Putra Malaysia.

Kami ingin kongsi sedikit tips bagaimana untuk menjadi graduan yang berjaya.

  1. Persediaan mental dan fizikal

Bagi pelajar baharu, kehidupan di kampus tidak seindah kehidupan di rumah yang biasanya rutin harian seperti membasuh baju, memasak dan mengemas dilakukan oleh ibu atau bapa. Mereka perlu berdikari dan bersedia melakukan rutin seperti ini setiap hati. Hari orientasi adalah waktu yang terbaik untuk mengenali rakan-rakan baharu. Bagi mereka yang pernah berada di sekolah berasrama, itu adalah bonus dalam menguruskan diri di universiti.

  1. Memahami struktur pengajian

Pelajar akan diberikan taklimat berkaitan dengan struktur pengajian bagi setiap kursus yang di ambil. Ini merupakan maklumat penting kepada pelajar untuk memahami setiap subjek yang ingin di ambil pada setiap semester. Jangan malu bertanya dan mula rancang struktur pengajian anda sekarang!

  1. Mengenali pensyarah

Setiap pelajar perlu mengenali pensyarah masing-masing. Kenali corak pembelajaran dan cara penilaian pensyarah untuk setiap subjek yang di ambil. Setiap pensyarah mempunyai cara penyampaian dan penilaian yang berbeza. Hormat kepada pensyarah ye. Takut nanti ilmu tak berkat.

  1. Skor di awal semester

Penilaian gred di universiti adalah mengikut GPA (Gred Point Average) dan CGPA (Cumulative Grade Point). GPA ialah purata nilai gred yang didapati secara purata terhadap keputusan yang diperoleh bagi satu semester manakala CGPA ialah purata nilai gred kumulatif yang mana ia mendapatkan nilai purata keputusan pelajar bagi semua semester yang telah dilalui. Pada awal semester, biasanya tahap kesukaran kursus adalah kurang daripada hujung semester. Subjek yang ditawarkan juga lebih ringan. Fahamkan bagaimana cara pengiraan GPA dan CGPA untuk elakkan diri daripada gagal.

  1. Disiplin

Sebagai pelajar universiti, mereka perlu bijak dalam membahagikan masa menyiapkan tugasan atau assignment, menghadapi ujian, projek dan peperiksaan. Nota-nota perlu ada bersama kalendar jadual yang tercatat tarikh-tarikh penting seperti tarikh akhir hantar tugasan, peperiksaan dan segala aktiviti-aktiviti yang dibuat di kolej mahupun fakulti. Disiplin perlu ada dalam menjalani kehidupan di kampus atau menghadiri kuliah. Jangan selalu ponteng ye!

Jangan lupa untuk “like” dan “follow” akaun media sosial rasmi Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM untuk mendapatkan info-info terkini.

https://www.facebook.com/upmlib

https://www.instagram.com/upmlibrary/

https://twitter.com/upmlibrary

 ~SMK~

BICARA STATISTIK 2018

Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) telah menganjurkan Program Bicara Statistik 2018 dengan kerjasama Jabatan Perangkaan Malaysia. Program ini merupakan projek kerjasama bagi tahun kedua bersama dengan Jabatan Perangkaan Malaysia. Pada tahun ini pihak PSAS telah memilih tajuk Indeks Harga Pengguna Malaysia. Butiran program adalah seperti berikut:

Tajuk program : Bicara Statistik 2018 

Topik :  Indeks Harga Pengguna Malaysia

Tarikh: 13 September 2018 (Khamis) , 10.00 pagi

Tempat: Bilik Auditorium 1, Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM

Penceramah yang telah dijemput ialah Puan Fauzana binti Ismail, Ketua Penolong Pengarah dari Bahagian Perangkaan Harga, Pendapatan dan Perbelanjaan. Program ini diadakan secara percuma kepada para pelajar, pensyarah dan juga staf UPM.

Menurut Puan Fauzana, Indeks Harga Pengguna (IHP) ialah mengukur perubahan kos pembelian oleh isi rumah mengikut masa bagi bakul tetap barangan dan perkhidmatan. Bakul tetap barangan dan perkhidmatan IHP merujuk kepada barangan dan perkhidmatan yang mempunyai kualiti dan kuantiti yang seakan-akan sama atau tidak berubah, mengandungi item yang berada lama atau boleh diukur secara berterusan di pasaran berbanding dengan masa. Beliau juga menerangkan secara terperinci konsep IHP dibentuk dengan tujuan menyediakan satu ukuran am perubahan dalam harga yang dialami oleh pengguna-pengguna dalam negara secara keseluruhan.

This slideshow requires JavaScript.

PROGRAM LITERASI MAKLUMAT: SESI PENGENALAN PERPUSTAKAAN UNTUK PELAJAR PRASISWAZAH BAHARU SESI 2018/2019

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh & Salam Sejahtera

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Sesi Pengenalan Perpustakaan untuk Pelajar Baharu Pra-Siswazah sesi 2018/2019 telah berlangsung mulai 24 September hingga 10 Oktober 2018.

Kelas-kelas dijalankan serentak seperti berikut;

Topik :   Sesi Pengenalan Perpustakaan 
Lokasi : Auditorium Lukut 1 , Auditorium Lukut 2 dan Bilik Termasa
Masa :   9.00 pagi – 4.30 ptg (1 jam setiap sesi)

Topik :   Kelas Katalog Perpustakaan (WEBOPAC)
Lokasi : Bilik Malawati dan Bilik Rujukan Elektronik.
Masa :   9.00 pagi – 5.00 ptg (1 jam setiap sesi)

Di samping itu Pameran : Discover, Connect   and Inspire diadakan di hadapan pejabat Bahagian Penyelidikan Dan Perkhidmatan MaklumatPelajar pra-siswazah berpeluang menjawab soalan kuiz berdasarkan maklumat yang dipaparkan dalam pameran. Kerjasama semua sangat dihargai untuk menggalakkan pelajar-pelajar baharu yang datang ke Perpustakaan untuk menyertai aktiviti ini yang diadakan pada setiap tahun. Jadual kelas adalah seperti dilampirkan serta boleh didapati di Meja Penasihat Pengguna dan dalam laman web PSAS semasa program berlangsung.

~NR~

Latihan Industri di BPPM: Pelajar praktikal dari Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM

praktikalstudentMUHAMAD AMIRUL IQHMAL B. MOHAMAD BADRULZAMAN, CIK NOR SYAKINAH BT. MOHD KASSIM, CIK NURUL FATIN FAREESHA BT. SAHABUDDIN adalah tiga orang pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM, Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Perpustakaan yang telah menjalani Latihan Industri di BPPM, PSAS bermula dari 5 mac hingga 29 jun 2018. Sepanjang tempoh latihan di BPPM, pelajar ini memahami fungsi Bahagian BPPM, memahami konsep penghubung fakulti / khidmat perundingan, mempelajari pengendalian program-program  literasi maklumat, perkhidmatan penyelidikan dan aktiviti yang berkaitan. Ini bagi membolehkan pelajar mendapatkan pengalaman yang berguna sebelum memasuki alam pekerjaan kelak. Pelajar praktikal berkenaan turut menyedia dan membentangkan academic writing kepada perpustakaan berkaitan IR 4.0, market survey dan usage of E-resources.

Tahniah dan syabas!

~ZI~