Bank Data UPM adalah hasil kerjasama antara Universiti Putra Malaysia dan Jabatan Perangkaan Malaysia dalam menyediakan data mikro yang disimpan di Bahagian Perkhidmatan dan Pengurusan Maklumat untuk kegunaan semua warga UPM sama ada pelajar, pensyarah atau penyelidik yang menjalankan penyelidikan. Antara data yang sedia ada untuk dimohon adalah seperti Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah, Penyiasatan Perbelanjaan Isi Rumah, Penyiasatan Tenaga Buruh, Banci Penduduk dan Perumahan dan juga Pembuatan Tahunan.
Tujuan Bank Data UPM ini direalisasikan adalah untuk memberikan maklumat yang tepat kepada pengguna dan menyampaikan idea dan hasil penyelidikan yang berkualiti. Statistik adalah satu cabang ilmu yang memainkan peranan penting dalam banyak aspek, terutamanya dalam penyampaian maklumat. Penyampaian maklumat ini boleh mencetus banyak idea, kesimpulan dan penemuan baru yang akan memberi manfaat kepada Universiti Putra Malaysia khususnya. Perkongsian ini akan mengajar pengguna proses mengumpul data mikro dan cara menganalisis bagi membantu mereka memahami pertumbuhan sihat ekonomi Malaysia dan menghindarkan mereka dimanipulasi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Permohonan Bank Data UPM ini boleh dibuat dengan melayari laman sesawang Bank Data UPM di http://psas.upm.edu.my/upmdatabank/ atau hubungi kami di alamat seperti di bawah:
Bank Data UPM Bahagian Perkhidmatan Penyelidikan dan Maklumat Perpustakaan Sultan Abdul Samad Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang Selangor Tel : 03-8946 8651 / 8444 / 8604 / 8655 / 8648 Faks : 03-8948 3745 E-mel : psas_sp@upm.edu.my
~ SI~