Tahniah dan syabas kepada Encik Azizan Arshad diatas penulisan rencana di dalam akhbar Berita Harian bertarikh 6 Jun 2017 yang bertajuk Mengiktiraf Peranan Perpustakaan, Hargai Sumbangan Pustakawan. Ianya satu usaha yang sangat baik dan membanggakan.
Ketua Pustakawan UPM, En. Amir Hussain Md. Ishak menekankan bahawa adalah menjadi harapan agar lebih ramai lagi pustakawan akan menyumbang rencana dalam akhbar (atau pun majalah dan jurnal). Melalui penulisan kita dapat meningkatkan imej pustakawan serta memperlihatkan profesyen kepustakawanan masih releven” tambah beliau.
En. Azizan Arshad merupakan seorang pustakawan kanan yang kini bertugas di Bahagian Media, Arkib dan Pemuliharaan.
Semoga beliau terus bersemangat untuk berkarya di masa akan datang.