Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) telah menganjurkan Program Bicara Statistik dengan kerjasama Jabatan Perangkaan Malaysia. Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua pensyarah, penyelidik, pelajar siswazah serta seluruh warga Universiti Putra Malaysia. Butiran program adalah seperti berikut:
Tarikh : 19 September 2017 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi-12.00 tengahari
Tempat : Bilik Saintis Gemilang, Fakulti Sains, UPM
Tajuk : Statistics Data Warehouse (StatsDW)
Program telah berjalan dengan sempurna dimana penyertaan daripada para peserta terdiri dari para pelajar, pensyarah dan juga staf UPM. Penceramah yang dijemput khas dari Jabatan Perangkaan Malaysia iaitu Puan Azlina binti Mahmud telah berjaya menarik perhatian para peserta. Beliau telah menyampaikan taklimat yang bertajuk Statistik Data Warehouse (StatsDW).
~SNH~