Hari Keluarga BPPM eratkan Jemaah BPPM

Kira-kira 62 orang yang terdiri dari staf dan ahli keluar­ga BPPM telah memeriahkan majlis Hari Keluarga BPPM di Pusat Sains Marin UPM Telok Kemang,  Port Dickson pada 30 September hingga 1 Oktober 2017 lalu.

Program julung kali ini dianjurkan dengan matlamat untuk mengeratkan hubungan setiap staf dan keluarga serta untuk lebih mengenali ahli keluarga besar BPPM. Alhamdulillah program ini telah berjaya dilaksanakan setelah banyak kali ditunda. Walaupun pada saat-saat akhir dua staf beserta keluarga tidak dapat turut serta kerana perkara yang tidak dapat dielakkan. Program yang bersifat santai dan lebih kepada riadah ini dapat mengeratkan silatulrahim sesama staf BPPM dan ahli keluarga BPPM yang lain. Selain  dapat  release tension setelah bekerja dan memerah keringat.

Aktiviti bermula setelah keluarga daftar masuk jam 2 petang,  30 September di Rumah Tamu Pusat Sains Marin. Hari keluarga yang penuh ceria ini diserikan lagi dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya ialah sukaneka pada sebelah petangnya dan diikuti acara bebas membina istana pasir dan mandi pantai yang  ditunggu-tungu oleh anak-anak. Pada sebelah malamnya BBQ dan sesi takruf serta penyampaian hadiah kepada pemenang sukaneka dan yang istimewanya sesi pertukaran hadiah untuk setiap keluarga. Walaupun hanya sekejap program ini berjaya membawa kenangan manis kepada staf BPPM  dan keluarga masing-masing. Kami pulang dengan tersenyum puas!

Terima kasih semua.

Semoga aktiviti-aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada masa  hadapan.

2

3

6a

17

~Nita~

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s