web banner blog plm

Beberapa siri Program Literasi Maklumat (PLM) telah dianjurkan oleh Sekyen Perkhidmatan Maklumat mulai  bulan Januari sehingga April 2018 kepada seluruh warga UPM. Diantara siri-siri PLM tersebut adalah:

  1. Kelas Hari Selasa
  2. Library Information Literacy Programme for New Postgraduate Student
  3. Kelas Kemahiran Maklumat Pelajar Prasiswazah (Ijazah/Diploma/Asasi), dan
  4. Kelas Pangkalan Data oleh Penerbit.

 

IMG_3766_preview

 

Program ini dilaksanakan bagi memastikan pelajar mendapat  pendedahan awal mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh Perpustakaan, meneroka katalog atas talian (WebOPAC) dan pangkalan data-pangkalan data yang dilanggan serta belajar teknik berkesan dan cepat untuk mendapatkan maklumat dari pangkalan data tersebut.

Di samping itu, pelajar juga diberi tunjuk ajar mengenai Mendeley iaitu salah satu perisian percuma yang digunakan untuk menguruskan bahan rujukan dalam penulisan. Manakala  latihan  Turnitin juga turut diajar kepada pengguna. Turnitin ialah sistem aplikasi yang digunapakai untuk menyemak peratusan persamaan hasil penulisan bagi mengelakkan berlakunya aktiviti plagiat.

Sebanyak empat modul utama diajar dalam Program Literasi Maklumat tersebut iaitu :

  1. Modul Strategi Pencarian Maklumat dan Modul Turnitin,
  2. Modul Pangkalan Data Atas Talian merangkumi bidang Sains Sosial, bidang Sains & Teknologi serta bidang Pertanian & Sains Hayat.
  3. Modul Mendeley : Asas
  4. Modul Pengenalan Perpustakaan & WebOPAC

 

 

Bagi memenuhi keperluan maklumat terkini, mulai tahun ini Modul Citation Indexed Journal telah diserapkan dalam kelas Strategi Pencarian Maklumat. Ia diadakan khusus untuk pelajar pascasiswazah untuk mendapatkan jurnal-jurnal yang mempunyai faktor impak dan kedudukan dalam bidang-bidang tertentu bagi tujuan penerbitan dalam SCOPUS dan Incites Journal Citation Reports (JCR).

Sehingga bulan April 2018, seramai 1,147 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar pascasiswazah, pelajar prasiswazah, pegawai bukan akademik dan juga pegawai akademik telah menghadiri Program Literasi Maklumat.

STATIS

Program Literasi Maklumat ini akan diteruskan sehingga Disember 2018. Program terdekat yang akan berlangsung adalah Kelas Hari Selasa pada bulan Mei & Jun.

~RS~